Penilaian eKelas Tahun 6
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniSebagai menguji tahap pencapaian pelajar-pelajar yang hadir sepanjang Kelas eKelas berjalan, satu penilaian telah dibuat oleh pihak Maxis. Ini merupakan penilaian kedua bagi tahun 2019. Pada 3 Ogos 2019 telah berjalan penilaian bagi matapelajaran Matematik dan Sains. Penilaian dijalankan secara atas talian dimana pelajar perlu daftar masuk ke Portal eKelas Maxis. Setiap soalan adalah secara objektif yang mana mengandungi 40 soalan.
Bagi pelajar tahun 6 penilaian bermula pada jam 10.20 pagi untuk subjek Matematik dan disusuli dengan subjek Sains. Maxis menawarkan hadiah kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi. Ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam usaha menarik minat pelajar untuk hadir ke kelas ekelas setiap minggu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: